Muhyiddin Ajak Umat Islam Perkukuh Perpaduan Ummah

Diterbitkan: Khamis, 25 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis mengajak umat Islam di negara ini untuk memperbaharui azam dan memperteguh tekad bagi membina dan memperkukuh perpaduan ummah yang sejati sempena Aidiladha.

Dalam perutusannya, Muhyiddin berkata Aidiladha memberi erti bahawa perpaduan ummah yang berasaskan kesatuan tauhid dan persaudaraan dalam Islam tanpa mengira perbezaan bangsa dan warna kulit adalah sesuatu yang amat dituntut agama.

"Janganlah kita mengabaikan soal perpaduan ummah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam dalam menempuhi segala cabaran yang mendatang," katanya.

Ketika menyertakan ucapan selamat menyambut Aidiladha daripada beliau sekeluarga, Muhyiddin berkata rakyat Malaysia bersyukur kerana sentiasa dilimpahi rahmat dan inayah Allah yang membolehkan Aidiladha disambut dalam suasana yang meriah, aman, makmur dan harmoni.

Bagi umat Islam, katanya, Aidiladha mempunyai dua makna penting, iaitu yang pertama ia adalah hari di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anakandanya Nabi Ismail dalam mematuhi perintah Allah dan kedua, berkait rapat dengan ibadah haji yang ditunaikan umat Islam dari seluruh pelosok dunia.

Beliau berkata adalah menjadi kewajipan setiap mukmin untuk mempertahan kesucian akidah dan memelihara agama dengan mematuhi segala titah perintah Allah dan menjauhi segala larangannya.

Ia sejajar dengan tuntutan memelihara agama sebagai tujuan utama syariah atau maqasid syariah dalam Islam, katanya.

"Bagi kita umat Islam, Idul Adha memberi makna bahawa keimanan kepada Allah adalah tonggak kehidupan yang paling utama bagi seorang mukmin.

"Tiada lain yang lebih penting dalam kehidupan seorang mukmin selain keimanan dan kecintaan kepada Allah," katanya.

Beliau berkata ibadah korban yang dilaksanakan pada Aidiladha dan hari-hari tasyrik berikutnya adalah lambang keimanan dan keakraban umat Islam kepada Allah. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan