Lebih 1.58 Juta Pekerja Asing Berdaftar Di Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 25 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 1.58 juta pekerja asing telah berdaftar untuk bekerja di negara ini sehingga Julai lepas, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata jumlah itu mewakili pekerja asing yang digaji secara sah dan mempunyai Pas Lawatan (Kerja Sementara) dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.

"Indonesia merupakan antara lima negara tertinggi pekerja asing yang berdaftar bekerja di Malaysia dengan 767,590 orang diikuti Nepal sebanyak 279,421 orang, Myanmar 137,784 orang.

"Bangladesh 134,148 orang dan India seramai 91,222 orang," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang bertanya mengenai jumlah pekerja asing di Malaysia pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Sementara itu dalam satu sidang akhbar di Bangunan Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata rakyat Indonesia perlu masuk secara sah jika mahu mendapat perlindungan sewajarnya apabila bekerja di Malaysia.

"Bila pekerja ini berdaftar, mudah bagi kita memberi perlindungan kepada mereka berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan