K’jaan Diminta Ambil Alih Pengangkutan Awam

Diterbitkan: Khamis, 25 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Kerja Mengenai Pengangkutan Awam Malaysia (KKPAM) meminta kerajaan mempertimbangkan untuk mengambil alih pengurusan pengangkutan awam di negara ini bagi menambah baik perkhidmatan itu.

Koordinator KKPAM A. Sivarajan berkata ini kerana walaupun banyak langkah penambahbaikan diambil, pengguna masih merungut mengenai pelbagai kelemahan yang ada pada sektor itu.

Antara yang menjadi rungutan utama orang awam ialah perkhidmatan bas yang tidak meliputi semua kawasan, lokasi stesen perkhidmatan tren LRT yang jauh dari kawasan perumahan dan bas berhenti di lokasi yang kurang selamat, katanya.

"Selain itu ada sesetengah tempat yang 'bus stop' ada tetapi bas tidak melalui jalan berkenaan. Selain itu tidak ada rangkaian perhubungan yang baik iaitu apabila sudah habis naik bas pengguna terpaksa berjalan kaki ke stesen LRT," katanya pada sidang media, di sini, Khamis.

Di samping itu katanya terdapat juga kes pemandu teksi mengambil kesempatan mengenakan caj yang tinggi tanpa menggunakan meter kerana mementingkan keuntungan.

Katanya jika kerajaan mengambil alih pengurusan sektor itu, perkhidmatan awam boleh diseragamkan.

Sementara itu, KKPAM akan menganjurkan Forum Pengangkutan Awam Di Malaysia pada 3 Nov ini dan resolusi yang dihasilkan akan dihantar kepada agensi kerajaan berkaitan, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan