Jemaah Haji Mula Bergerak Ke Arafah

Diterbitkan: Khamis, 25 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Seramai 28,000 jemaah haji Malaysia adalah antara dua juta jemaah haji dari seluruh dunia yang mula bergerak ke Mina dan Padang Arafah untuk berwukuf esok, menyebabkan jalan-jalan utama di kota Makkah sesak teruk.

Pergerakan jemaah haji Malaysia bermula pukul 12.30 tengah hari (pukul 5.30 petang waktu Malaysia), melalui perjalanan sejauh 20 kilometer dengan bas dan dijangka berakhir pada pukul 12 tengah malam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jemaah haji Malaysia berada dalam semangat yang tinggi kerana inilah kemuncak ibadah haji mereka.

"Saya dapat merasai kegembiraan dan penantian mereka sepanjang 30 hari, ada yang 20 hari lebih, menanti saat-saat berwukuf kerana inilah kemuncak penyempuraan ibadat haji bagi para jemaah kita," katanya kepada pemberita semasa meninjau persiapan jemaah haji Malaysia di beberapa buah petempatan di sini.

Beliau berharap rakyat Malaysia mendoakan agar semua pergerakan dan aktiviti ibadah jemaah haji di Padang Arafah dan Mina berjalan baik dan lancar.

Sementara itu, Pengurus Media Tabung Haji, Mohamad Naser Jaffar berkata 800 petugas Tabung Haji digerakkan secara berperingkat seawal jam 7.30 pagi bagi memastikan segala persedian awal untuk menerima ketibaan jemaah haji Malaysia sudah disempurnakan.

"Cuaca masih panas walaupun hujan mula turun di Makkah sejak dua tiga hari lepas. Kita berdoa supaya hujan tidak turun dengan lebat di Padang Arafah nanti kerana akan menyukarkan pergerakan jemaah," katanya.

Tinjauan Bernama mendapati, ribuan jemaah dalam berihram menaiki bas dan jemaah yang kurang mampu menaiki apa sahaja kenderaan untuk bergerak ke Mina sambil melaungkan "Labbaik Allah Humma Labbaik".

Kawasan lapang di Arafah sudah dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk negara-negara yang menghantar jemaah dan antara perkhemahan terbesar adalah milik Turki, Iran, Indonesia, Pakistan dan Mesir.

Dalam pada itu, kerajaan Arab Saudi juga menempatkan beribu-ribu anggota keselamatan di Makkah, Arafah, Muzdalifah dan Mina bagi memastikan keselamatan seluruh jemaah haji terjamin. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan