Azizan Dakwa Berjaya Tadbir Kedah

Diterbitkan: Khamis, 25 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau telah berjaya mentadbir Kedah tanpa banyak masalah dan berharap untuk terus mentadbir negeri ini sehingga pilihan raya akan datang.

"Syukur kerana saya dah pertahan Kedah tanpa sebarang kegagalan. Saya dapat ketuai bala tentera saya untuk memerangi musuh, musuh politik saya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sinim, Rabu.

Azizan berkata Kedah juga merupakan negeri dikuasai pembangkang yang paling kurang "diganggu".

"Saya tengok surat khabar, di Kelantan, Selangor hampir setiap hari orang dok usik. Di Pulau Pinang dulu pun selalu. Saya takada masalah. Saya harap semua projek kerajaan negeri terlaksana dengan baik," katanya yang akan berusia 68 tahun esok.

Sementara itu, Azizan berkata kerajaan negeri akan membina lebih banyak projek perumahan selain projek perumahan oleh kerajaan pusat yang merancang membina 2,000 rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) iaitu 1,000 di Changlun dan 1,000 lagi di Kota Setar.

"Di peringkat negeri BDB (anak syarikat kerajaan negeri Bina Darulaman Berhad) akan mula bina (rumah) di Sungai Petani dan Kuala Ketil. Di Pokok Sena pula oleh Seri Temin (satu lagi anak syarikat). Di Kubang Pasu pun ada tetapi lambat sikit kerana kita kena buat perancangan baharu," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan