Rakyat M’sia Beralih Dari Tunai Kepada Kad Kredit, Kata Visa

Diterbitkan: Rabu, 24 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ramai rakyat Malaysia telah beralih dari penggunaan wang tunai kepada kad debit dengan kebanyakan dari mereka memilih keselesaan dan kebolehpercayaan yang disediakan oleh pembayaran elektronik.

Menurut syarikat pembayaran gergasi, Visa, perbelanjaan kad debit di Malaysia telah melonjak sejak empat tahun lepas dengan peningkatan 50 peratus tahun demi tahun, mengatasi negara-negara jiran di Asia Tenggara.

Sementara negara mencatatkan pertumbuhan tertinggi untuk perbelanjaan kad debit di rantau ini, negara-negara jiran yang lain kini ketinggalan di belakang Malaysia yang kini telah menerajui penggunaan pembayaran elektronik.

Peningkatan dramatik dalam penggunaan kad debit adalah satu tanda perkembangan yang dipamerkan Visa ke arah EPP4, iaitu agenda kerajaan untuk memacu negara Malaysia ke arah pembayaran elektronik dan pewujudan suatu ekosistem pembayaran bersepadu.

"Malaysia kini mengalami suatu "revolusi kad debit" dengan lebih ramai cenderung menggunakan kad debit bagi pembelian harian dan membawa jumlah wang tunai yang lebih sedikit bersama-sama mereka," kata Stuart Tomlinson, Pengurus Negara Visa dalam satu kenyataan pada Rabu.

"E-dagang kini merupakan salah satu pemacu utama bagi pertumbuhan dalam penggunaan kad debit Visa. Kami dapati terdapat peningkatan sebanyak 68 peratus perbelanjaan dalam talian dengan kad debit berbanding tahun lepas.

"Penyelidikan kami turut menunjukkan yang 80 peratus daripada responden Malaysia membeli-belah dalam talian sejak 12 bulan lepas dan keselesaan merupakan penggerak utama untuk mereka berbuat demikian," tambah beliau.

Tomlinson berkata syarikat akan terus bekerjasama dengan bank-bank di Malaysia untuk meningkatkan kesedaran berhubung pentingnya penggunaan kad-kad debit dan mendidik pemegang kad mengenai kelebihan pembayaran elektronik. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan