Namakan Calon Awal Bagi Benteras Kegiatan Sabotaj Parti – Veteran Umno

Diterbitkan: Rabu, 24 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pucuk pimpinan Umno perlu menamakan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lebih awal bagi membanteras kegiatan sabotaj dalam parti itu.

Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub berkata dengan cara itu anggota Umno yang melakukan kegiatan itu dapat dikenal pasti dengan lebih awal.

"Dengan ini tindakan ke atas pensabotaj ini akan lebih berkesan daripada mengambil tindakan ke atas mereka di saat akhir selepas penamaan calon, katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata dengan mengumumkan nama calon lebih awal, usaha memujuk juga boleh dilakukan dengan lebih berkesan terhadap mereka yang tidak terpilih kerana mereka telah dimaklumkan lebih awal tidak dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Jumaat lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno berkata Majlis Tertinggi Umno bersetuju mewujudkan jawatankuasa khas untuk memantau dan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana anggota parti yang mengkhianati atau mensabotaj calon Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Mustapha berkata pucuk pimpinan Umno juga perlu menangani perasaan tidak puas hati mereka yang tidak terpilih dengan berhemah, bijaksana dan penuh hikmah bagi mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak.

"Pemimpin yang dikenal pasti tidak akan bertanding patut diberitahu lebih awal bagi mengelak daripada mereka menanggung malu sekiranya mereka tidak terpilih di saat akhir sebelum penamaan calon.

"Cara ini boleh mengelak atau mengurang perbuatan sabotaj daripada mereka yang tidak terpilih terhadap calon yang dipilih bertanding," katanya.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan