MB Selangor Digesa Jelaskan Cadangan Jual Aset PKNS - Noh

Diterbitkan: Rabu, 24 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim digesa memberi penjelasan dengan segera berhubung persetujuan Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terhadap cadangan untuk menjual lima harta miliknya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata beliau mendapat maklumat bahawa Lembaga Pengarah PKNS telah bersetuju untuk menjual lima aset tersebut dan kini hanya menunggu kelulusan Menteri Besar Selangor.

"Lima aset milik PKNS yang terbabit ialah Shah Alam Convention Centre Mall (SACC Mall) yang dicadangkan dijual pada harga RM97 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), bangunan PKNS Shah Alam (RM85 juta), bangunan PKNS Bangi (RM42 juta) dan bangunan Wisma Yakin, Jalan Masjid India (RM7 juta)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Beliau berkata difahamkan, sehingga kini, masih tiada dokumen hitam putih terhadap cadangan penjualan aset PKNS itu.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata jumlah keseluruhan cadangan penjualan aset tersebut ialah RM321 juta.

Beliau berkata sekiranya maklumat itu (penjualan aset PKNS) terbukti benar maka ia tidak selari dengan pujian diterima Khalid sebagai Menteri Besar yang cemerlang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini kerana mampu menjana rizab simpanan negeri Selangor sehingga RM2 bilion.

Sehubungan itu, Noh mempersoalkan cara pentadbiran Menteri Besar Selangor itu kerana tidak bersikap telus dan terbuka dalam urusan berkaitan aset milik PKNS tersebut. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan