Malaysia Sasar Tempat Ke 10 Teratas Dalam Ranking Bank Dunia

Diterbitkan: Rabu, 24 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia menyasarkan untuk berada di kalangan 10 teratas dalam kedudukan negara ekonomi mesra perniagaan di peringkat global selepas berada tangga ke-12 dalam ranking Bank Dunia.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata laporan Doing Business 2013 mengesahkan meningkatkan daya saing global Malaysia dan negara kini mahu untuk berada dalam 10 teratas.

"Untuk berada pada kedudukan itu, Malaysia perlu mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi pilihan pelabur tempatan dan asing."

Mustapa berkata Malaysia telah meningkatkan daya saing dalam lima bidang perniagaan, termasuk kemudahan dalam mendapatkan elektrik, di mana kedudukan negara meningkat dari tangga ke 59 tahun lepas kepada tempat ke 28.

Empat lagi kategori yang meningkat adalah mendaftar hartanah (59- 33), membayar cukai (41- 15), perdagangan merentasi sempadan (29 - 11), dan berurusan dengan permit pembinaan (113 - 96).

Mustapa berkata ranking terbaru mencerminkan peningkatan berterusan Malaysia dalam penyampaian perkhidmatan awam dan kecekapan keseluruhan jentera kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan.

Beliau berkata kerajaan terus komited kepada inisiatif pembaharuan strategik untuk menjadikan Malaysia yang paling berdaya saing di dunia.

Walaupun peningkatan yang ketara dalam daya saing keseluruhan, Pemandu dalam satu kenyataan menegaskan bahawa tiada ruang untuk berpuas hati dalam memacu kecekapan kerajaan dan perkhidmatan awam.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan