Isu Hudud: MCA Tidak Tolak Undang-Undang Islam- Dr M

Diterbitkan: Rabu, 24 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kenyataan MCA berhubung isu hudud bukan bermaksud komponen Barisan Nasional (BN) itu menolak pelaksanaan undang-undang Islam.

Sebaliknya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kenyataan MCA itu sekadar untuk memberi peringatan kepada masyarakat Cina agar tidak menyertai DAP.

"Mereka berkata begitu bertujuan untuk menakutkan masyarakat Cina bukan orang Melayu atau Islam agar tidak menyertai DAP.

"Sejak dulu MCA tidak pernah membantah Malaysia sebagai negara Islam dan mengamalkan ajaran Islam," katakan pada sidang media selepas majlis dialog di Universiti Malaya, di sini, Selasa.

Dr Mahathir mengulas ketika ditanya tentang kenyataan dan pandangan MCA pada mesyuarat agung tahunan (AGM) pada Sabtu lalu.

Tambah beliau, isu hudud tidak seharusnya dijadikan bahan politik bagi meraih sokongan bukan untuk kepentingan Islam.

"Isu ini tidak boleh dijadikan satu bahan kepentingan politik bukan untuk Islam, jika PAS mahu melaksanakannya ia perlu adil kepada semua masyarakat.

" Mereka konon berpegang kuat kepada agama Islam, siapa yang menolak hudud pula tidak pegang kuat kepada Islam," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan