Hujan Diramal Di Beberapa Negeri Semasa Aidiladha - Berita Semasa | mStar

Hujan Diramal Di Beberapa Negeri Semasa Aidiladha

Diterbitkan: Rabu, 24 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa buah negeri semasa sambutan Aidiladha Jumaat ini, menurut Jabatan Meteorologi.

Jabatan itu dalam portal rasmi menyebut, Sarawak akan mengalami ribut petir di satu dua buah kawasan di sebelah pagi dan petang sementara malam dijangka hujan.

Sabah pula dijangka hujan di sebelah pagi dan mengalami ribut petir di satu dua buah tempat di sebelah petang.

Bagi Semenanjung, negeri-negeri seperti Terengganu, Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Pahang akan mengalami hujan pada sebelah pagi dan ribut petir di sebelah petang.

Cuaca di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan dijangka baik pada sebelah pagi namun hujan di beberapa buah tempat sebelah petang.

Melaka dan Johor pula diramal mengalami ribut petir pada sebelah petang. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan