Air Selangor: Solidariti Hijau Serah Memo Sokong MB

Diterbitkan: Rabu, 24 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Solidariti Hijau menyerahkan memorandum sokongan kepada Kerajaan Negeri Selangor berhubung tindakan yang diambil dalam isu air khususnya pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Pengerusinya, Zulkifli Mohd Omar berkata Solidariti Hijau merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai oleh 80 organisasi itu turut memperjuangkan isu alam sekitar bagi menjamin kehidupan masyarakat yang lestari.

Antara NGO, tersebut ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Ikram dan Harvest Hope For Malaysia.

Menurut Zulkifli, ada pihak sengaja cuba mempolitikkn isu air tanpa memikirkan hak rakyat mendapat bekalan air bersih diketepikan.

"Mereka ini cuba mengkomersilkan air untuk menjadikannya barang dagangan untuk memberi manfaat kepada kroni-kroni mereka.

"Kita seharusnya bangga dengan tindakan kerajaan negeri Selangor memberikan 20 meter padu air percuma dan ia juga wajar dicontohi oleh kerajaan negeri lain," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum Deklarasi Air kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani, berkata parti itu menyokong penuh tindakan Solidariti Hijau menghantar memorandum sokongan kepada kerajaan Selangor dalam menyokong usaha-usaha untuk menghijaukan negeri itu.

Dalam pada itu Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan tetap mempertahankan hak rakyat dalam pemberian air percuma kepada rakyat Selangor.

"Kita akan pulangkan balik sumber air ini kepada rakyat. Kerajaan tidak boleh ambil satu perkara tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

"Kerajaan negeri terdahulu tidak ambil kira perkara ini. Air adalah perkara utama kepada manusia. Sudah tentu kita tidak boleh jadikannya sebagai alat perniagaan," katanya selepas menerima memorandum berkenaan di Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Beliau berkata kos pembinaan Langat 2 adalah RM3 bilion sedangkan kos penggunaan teknologi membran yang pernah dikemukakanya melibatkan kos sebanyak RM1 bilion.

"Untuk bina loji Langat 2 kita perlu RM3 bilion bagi mendapatkan 1 juta liter air bersih sehari.

"Rakyat mahu kaedah lebih murah, saya telah buktikan dengan melabur tidak melebihi RM1 bilion kita dapat keluarkan air yang sama banyak dan melebihi Langat 2," katanya.

Justeru, Abdul Khalid menegaskan dalam perniagaan sudah pasti kaedah yang mendatangkan keuntungan akan digunapakai.

"Saya sendiri telah tulis surat kepada Timbalan Perdana Menteri untuk tunjukkan kos-kos yang boleh dijimatkan dengan tekonologi membran.

"Jadi saya sangat berterima kasih kepada NGO ini atas sokongan dan galakkan kepada kami dalam memperjuangkan isu ini," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri cuba mencari penyelesain terbaik dengan menggunakan kaedah yang lebih murah namun memberikan kesan yang terbaik dalam isu air.

"Jika kita dapat lakukan ini rakyat akan dapat menikmati kaedah yang lebih murah lagi.

"Saya rasa ini salah satu legasi yang boleh saya lakukan. Akhirnya saya boleh kata inilah sumbangan saya kepada rakyat," katanya.

Beliau menegaskan bagi melaksanakan apa yang telah dirancang dalam menyelesaikan krisis air, kerajaan negeri tidak memerlukan sebarang bantuan kewangan daripada kerajaan Persekutuan.

"Kita tidak memerlukan bantuan kewangan kerajaan persekutuan untuk menyokong kita.

"Saya rasa sangat bersyukur jika tidak memang agak sukar. Tugas anda adalah untuk memantau kita," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan