AES Patut Diteruskan Untuk Kebaikan - Dr M

Diterbitkan: Rabu, 24 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seharusnya diteruskan demi kebaikan bersama.

Beliau berkata, desakan pembangkang untuk menangguhkan perlaksanaan AES hanya akan merugikan rakyat.

“Ini benda baik, kalau rakyat rasa hendak jadikan benda yang baik ini sebagai isu, rakyat yang akan rugi.

“Kalau di sini (Malaysia) nak buat apa pun kena pikir nak menang atau kalah dalam pilihan raya, padahal semua orang tahu sistem ini AES adalah baik seperti di luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada satu majlis dialog simposium anjuran Universiti Malaya pada Selasa.

Dr Mahathir secara peribadi tidak menolak pelaksanaan AES dalam negara dan ia tidak perlu ditangguhkan semata-mata untuk pilihan raya umum.

Beliau berkata, pihak pembangkang segaja mempersoalkan tindakan kerajaan bagi memancing undi.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung persedian Barisan Nasional terhadap pilihan raya umum, Dr Mahathir berkata ia terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Itu kena tanya Datuk Seri Najib, saya tak tahu dia bersedia ke tidak," kata Mahathir.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan