Tony Fernandes Akhirnya Setuju Ke KLIA

Diterbitkan: Selasa, 23 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tony Fernandes
Tony Fernandes

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, kini positif untuk berpindah ke terminal penerbangan kos rendah baharu, KLIA2, di Sepang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes Isnin.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu akan memindahkan operasinya ke lapangan terbang baharu itu sebaik ia siap.

Lapangan terbang baharu itu dijangka memulakan operasi pada April tahun depan.

"Pemindahan ke lapangan terbang berkenaan akan menjadikan AirAsia lebih kukuh," kata Fernandes dalam maklumat terkininya pada Facebook.

"Melihat terminal baharu kami di KLIA2. Hebat. Siap pada April. Akan menjadikan kami lebih kukuh. Kami (akan) berpindah sebaik ia siap.

"(Saya sudah) Mendengar taklimat oleh Aireen Omar (Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia). Kami sangat positif untuk berpindah. Akan menjadikan AirAsia lebih kukuh," kata Fernandes yang kini beroperasi di Jakarta.

Aireen yang mengambil alih jawatan itu pada Julai, mempunyai hubungan kerja yang baik dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), terutama Pengarah Urusannya Tan Sri Bashir Ahmad.

Aireen memberitahu Bernama bahawa AirAsia bekerja rapat dengan MAHB bagi membincangkan dan menyelesaikan isu-isu berbangkit antara mereka yang berkaitan dengan KLIA2.

"Saya secara peribadi berbincang dengan Tan Sri Bashir mengenai isu-isu tertentu membabitkan KLIA2," katanya.

KLIA2 dijadual beroperasi pada April tahun depan, mengendalikan 45 juta penumpang yang merupakan kapasiti maksimum setahun. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan