Malaysia Negara Ke-12 Dalam Laporan "Menjalankan Perniagaan" Bank Dunia

Diterbitkan: Selasa, 23 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia adalah negara ke-12 paling berdaya saing bagi menjalankan perniagaan, demikian menurut laporan "Menjalankan Perniagaan" Bank Dunia Edisi 2013.

Kedudukan itu meletakkan Malaysia mengatasi negara-negara seperti Sweden (ke-13), Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28).

Kedudukan terkini Malaysia itu merupakan peningkatan yang memberangsangkan dari tempat ke-18 sebelumnya dan pada kedudukan ke-23 pada 2010 dan ini menunjukkan haluan daya saing yang meningkat sejak empat tahun yang lalu.

Laporan itu menyatakan peningkatan enam anak tangga di tempat ke-12 pada tahun ini merupakan lonjakan paling tinggi dalam kedudukan daya saing Malaysia.

Laporan itu mengkaji 185 ekonomi merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan.

Katanya, Malaysia memperbaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan, iaitu Kemudahan Bekalan Elektrik (dari tempat ke-59 ke tempat ke-28); Pendaftaran Hartanah (dari tempat ke-59 ke tempat ke-33); Pembayaran Cukai (dari tempat ke-41 ke tempat ke-15); Perdagangan Rentas Sempadan (dari tempat ke-29 ke tempat ke-11) dan Urusan Permit Pembinaan (dari tempat ke-113 ke tempat ke-96). - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan