Lori Lebih Muatan Rosakkan Jalan

Diterbitkan: Selasa, 23 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lori lebih muatan mempercepatkan penggunaan jalan di negara ini, menyebabkan kerosakan bernilai jutaan ringgit untuk membaikinya setiap tahun.

Kementerian Kerja Raya menyatakan bahawa jalan raya sepatutnya bertahan sehingga satu dekad sebelum ia boleh diperbaiki tetapi sekarang memerlukan pembaikan besar dalam tempoh tiga tahun pertama kerana kenderaan lebih muatan.

Menterinya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata: “Jangka hayat jalan-jalan ini menurun kerana lebih muatan.”

Beliau sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa sejumlah RM747 juta dibelanjakan untuk penyelenggaraan jalan persekutuan di seluruh negara antara Januari dan Oktober tahun lepas.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah, Datuk John Anthony berkata, kenderaan lebih muatan adalah satu kebiasaan di negara itu, terutama lori yang membawa kelapa sawit.

“Mereka mengubahsuai kenderaan mereka secara haram bagi membolehkan lebih banyak muatan dengan tiga kali ganda daripada jumlah yang dibenarkan.

“Ia (muatan lebih banyak) semakin menjadi-jadi menyebabkan jalan lebih cepat rosak daripada kita memperbaikinya,” tambahnya.

Anthony berkata, kos untuk memperbaiki sebuah jalan yang rosak adalah antara RM1 juta dan RM2 juta untuk satu kilometer.

Membina jalan baru melibatkan kos antara RM3 juta dan RM4 juta satu kilometer, bergantung pada struktur tanah.

Sementara itu, Pusat Universiti Malaya untuk Penyelidikan Pengangkutan pula berkata, lebih muatan yang paling ringan juga boleh mengakibatkan kerosakan teruk kerana “hubungan antara jalan gandar kenderaan dan kerosakan jalan adalah bersamaan dengan kuasa empat”, kata pengarah pusat itu, Prof Dr Rehan Karim.

“Sebagai contoh, sekiranya sebuah lori mempunyai lebihan muatan cuma 1 peratus, kerosakan yang berlaku pada jalan adalah empat kali ganda,” tambahnya dalam satu temu ramah.

Dr Rehan dan kumpulannya membangunkan sistem “Berat dalam Pergerakan” automatik, di mana akan ditempatkan di jalan raya yang boleh mengenal pasti trak lebihan muatan dan tolok bagi lebihan muatan tambahan.

Kumpulan itu mengkaji mengenai lanjutan lebihan muatan berdasarkan jenis trak dan paras lebihan muatan.

“Kami mendapati terdapat separuh daripada bilangan trak yang terdiri daripada pelbagai kategori adalah lebih muatan dan membawa hampir dua kali ganda daripada had berat,” katanya.

Mengenai aspek keselamatan, Dr Rehan berkata, tambahan muatan akan memberi kesan pada dinamik sesebuah kenderaan.

“Lebihan muatan akan menyebabkan kegagalan mekanikal, memberi kesan kepada keupayaan pemandu untuk mengawal kenderaan,” tambahnya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan