Langat 2 Wajar Diteruskan Walau Tanpa Kebenaran Kerajaan Negeri Selangor

Diterbitkan: Selasa, 23 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Projek Loji Rawatan Air Langat 2 wajar diteruskan walaupun tanpa kebenaran kerajaan negeri Selangor bagi mengelak berlakunya krisis air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjelang 2016, menurut beberapa persatuan pengguna Selasa.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman berkata kerajaan Persekutuan tidak perlu teragak-agak untuk menggunakan proses perundangan dalam menyelesaikan krisis air itu.

Kontroversi air yang berlarutan itu juga perlu dihentikan segera supaya tidak menjejaskan kepentingan rakyat dan pembangunan negara pada masa akan datang, katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan Persekutuan tidak menolak kemungkinan projek loji rawatan Air Langat 2 (Langat 2) diteruskan walaupun tanpa persetujuan kerajaan negeri Selangor.

Maamor berkata sikap kerajaan Selangor yang menolak cadangan penyelesaian daripada kerajaan Persekutuan tidak seharusnya kerana dipengaruhi perbezaan fahaman politik atau ingin menggagalkan usaha kerajaan Persekutuan untuk membantu rakyat.

Beliau berkata pengalaman dan pengetahuan luas kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan krisis air tidak sepatutnya dipersoalkan dan ia sepatutnya sudah diselesaikan oleh kerajaan Selangor.

Katanya juga persiapan untuk membangunkan sumber air baharu itu mesti dilaksanakan segera sebelum kapasiti bekalan air berkurangan dan seterusnya menjejaskan kehidupan rakyat dan pembangunan negara.

Semalam, Pengarah Eksekutif Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash), Datuk Azmi Mat Nor berkata Selangor memerlukan sumber air baharu kerana Empangan Sungai Selangor adalah sumber air terakhir di negeri itu dan hanya mampu bertahan sehingga 2016.

Sementara itu, Ketua Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata jika hanya melalui proses perundangan dapat meneruskan projek Langat 2, maka usaha tersebut perlu disegerakan.

"Ini adalah untuk mengelak kesan buruk kepada pengguna apabila berlaku kekurangan bekalan air kelak. Masa semakin suntuk, kita maklum pembinaan loji (Langat 2) ini bukan boleh dibuat dalam jangka masa yang singkat.

"Jika masih terdapat pertikaian antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dalam merealisasikan pelaksanaan, kita amat bimbang sebarang keputusan nanti terlambat," katanya.

Beliau berkata krisis air yang berlaku pada 1998 tidak harus berulang kembali hanya kerana kedegilan kerajaan Selangor yang enggan meneruskan projek Langat 2.

Dalam pada itu, beliau berkata sekiranya kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, masing-masing mempunyai jangkaan sendiri bila krisis air akan berlaku, mereka perlu mengemukannya dengan kajian daripada pakar.

"Jika perlu tenaga pakar dari luar untuk melakukan kajian dan mendapatkan masa yang tepat bila krisis air akan berlaku, kenapa ia tidak dilakukan?" katanya.

Mengenai cadangan kerajaan Selangor supaya kaedah teknologi membran dilakukan bagi meningkatkan penjanaan air di loji terawat sedia ada, yang didakwa oleh kerajaan Persekutuan sebagai tidak praktikal dan tidak berdaya maju, Mohd Yusof berkata kedua-dua pihak perlu segera mencari kaedah berkesan dan efektif dalam menyelesaikan masalah itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan