Laluan Pejabat Speaker, Timbalan Speaker Seperti Jalan TAR - Wan Junaidi

Diterbitkan: Selasa, 23 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Selasa menyifatkan laluan di hadapan pejabat beliau ibarat Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di ibu negara, berikutan ramai orang yang lalu-lalang di laluan itu.

Beliau berkata keadaan serupa turut berlaku di hadapan pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sehubungan itu, beliau bersetuju dengan cadangan seorang anggota Parlimen bahawa keselamatan di bangunan Parlimen harus dipertingkatkan bagi menjamin tahap keselamatannya.

"Saya boleh katakan ramai sangat orang di Parlimen. Belum saya jumpa Parlimen (di negara lain) seperti Parlimen di Malaysia.

"Di hadapan pejabat Speaker dan Timbalan Speaker orang lalu-lalang macam biasa saja, macam Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jadi, persoalan keselamatan di Parlimen, saya setuju," katanya ketika mencelah giliran Wee Choo Keong (Bebas- Wangsa Maju) membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat. Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata satu persetujuan bersama diperlukan berhubung perkara itu.

"Kalau pegawai buat penguatkuasaan nanti, biarlah pegawai tu buat kawalseliaan mengikut apa yang dianggap sesuai. Kita sepatutnya berterima kasih kepada mereka dan jangan menghalang mereka menjalankan tugas," katanya.

Terdahulu, Wee berkata Parlimen sudah menjadi seolah-olah kawasan kedai kopi dan orang awam didapati keluar-masuk sewenang-wenangnya ke bangunan itu.

"Keselamatan adalah penting dan kita tidak mahu apa-apa berlaku dan menjejaskan keselamatan di sini. Kita sediakan payung sebelum hujan," katanya.

Beliau berkata selain wujud masalah tempat letak kereta, ada juga orang awam yang mengunjungi Parlimen tanpa mematuhi kod pakaian yang ditetapkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan