Kementerian Kesihatan Kaji Perluas Kaedah Rawatan PD

Diterbitkan: Selasa, 23 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengkaji kemungkinan memperluaskan penggunaan kaedah rawatan 'Peritoneal Dialysis-First Policy' (PD) dalam kalangan pesakit buah pinggang di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, setakat ini, 2,001 pesakit buah pinggang melibatkan hospital kerajaan menjalani kaedah rawatan PD, berbanding jumlah keseluruhan 26,159 penghidap.

"Kementerian dalam proses mengkaji perkara ini dan melihat apa yang sebaiknya diperlukan bagi meningkatkan penggunaan PD ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar 'Haemodialysis Safety and Challenges', di sini Selasa.

PD ialah rawatan awalan buah pinggang yang membolehkan pesakit melakukan sendiri langkah memasukkan larutan khusus untuk mencuci buah pinggang melalui abdomen, sebelum mencapai tahap perlu menjalani rawatan hemodialisis.

Rosnah berkata, PD merupakan rawatan alternatif yang lebih menjimatkan kos serta mesra pesakit.

"Kalau guna mesin hemodialisis, ia ambil masa tiga hingga empat jam...pesakit hanya perlu jumpa doktor satu atau tiga bulan sekali bergantung kepada keadaan mereka," kata Rosnah.

Dalam pada itu, beliau berkata, kira-kira 15,000 pesakit sedang menunggu untuk mendapatkan organ dan kebanyakan mereka merupakan pesakit buah pinggang.

Katanya, secara purata setiap tahun kira-kira 5,000 pesakit baru dikenal pasti berhadapan dengan penyakit buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis.

Ini katanya, merupakan satu angka yang besar dan antara faktor penyumbang ialah amalan gaya hidup tidak sihat.

Seminar sehari anjuran Pharmaniaga Bhd itu antara lain bertujuan mengupas cabaran di bidang rawatan hemodialisis selain peluang perniagaan yang boleh diterokai. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan