Empat Pekerja Binaan Banglo Runtuh Bukan Pekerja Ditauliah CIDB

Diterbitkan: Selasa, 23 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat pekerja binaan rakyat Indonesia yang parah akibat bumbung konkrit sebuah banglo runtuh di Shah Alam Khamis lepas, tidak mempunyai pentauliahan keselamatan 'kad hijau' daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Pengurus Besar CIDB Ir Ahmad Asri Abdul Hamid berkata seorang pekerja binaan yang meninggal dunia dan seorang lagi yang putus kaki, kedua-duanya juga rakyat Indonesia, mempunyai pentauliahan keselamatan 'kad hijau' dan dilindungi skim insurans kad hijau itu.

"Penting bagi setiap kontraktor binaan memastikan setiap pekerjanya memiliki kad hijau untuk memastikan mereka faham tentang aspek keselamatan ketika melakukan kerja pembinaan di tapak.

"Hasil siasatan awal kami mendapati kontraktor terlibat merupakan kontraktor berdaftar di bawah CIDB sehingga 2014, maka mereka sepatutnya faham tentang kepentingan kad hijau ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Dalam kejadian itu, Totok Mochamd Anthony meninggal dunia manakala lima lagi parah selepas sebahagian bumbung konkrit banglo mewah milik seorang ahli perniagaan itu runtuh.

Jumaat lepas, Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata pemilik banglo di Seksyen 7 itu bakal berdepan tindakan undang-undang kerana pengubahsuaian itu tidak mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Ahmad Asri berkata CIDB pada Selasa menyerahkan surat tunjuk sebab kepada kontraktor berkenaan dan sebuah syarikat pereka dalaman yang terbabit dalam projek itu bagi memberi peluang menjelaskan situasi mereka.

"Kami mahu mereka menjelaskan mengapa pekerja di bawah mereka tidak mempunyai kad hijau itu dan mengapa projek itu tidak di 'isytihar' dengan CIDB seperti termaktub di bawah Akta 520 (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994).

"CIDB memberi masa tujuh hari untuk mereka memberi maklumbalas dan CIDB akan mengambil langkah seterusnya bergantung kepada maklumbalas ini," katanya.

Beliau berkata lesen kontraktor itu boleh dibatal atau digantung sehingga tiga tahun sekiranya didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin CIDB.

Ahmad Asri menasihatkan orang ramai supaya tidak memandang mudah tentang keperluan mendapatkan lesen dan permit yang sepatutnya dalam menjalankan kerja pengubahsuaian rumah mereka.

"Sekiranya tidak dapat lesen, permit dan melantik kontraktor tidak bertauliah, rumah yang diubah suai itu mungkin runtuh. Jika tidak hari ini, mungkin runtuh setahun atau 10 tahun lagi. Keselamatan terhadap projek ketika dibina dan siap akan terjejas," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan