Suhakam Sambut Baik Mansuh Hukuman Mati Mandatori Pesalah Dadah

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang menyambut baik cadangan mengkaji semula pemansuhan hukuman mati mandatori bagi pesalah dadah berkata perkara itu sejajar dengan resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata ia sejajar dengan resolusi PBB yang diterima pakai pada 2007 yang menggesa supaya penangguhan (moratorium) pelaksanaan hukuman dengan tujuan untuk menghapuskan hukuman mati.

"Langkah itu juga selaras dengan semangat Perkara 3 dan Perkara 6 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR) yang mengesahkan hak seseorang untuk hidup dan hak untuk tidak tertakluk kepada perlakuan atau hukuman," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengenai cadangan kerajaan untuk menangguhkan hukuman mati mandatori bagi pesalah dadah di negara ini sehingga kajian mengenai kewajaran hukuman itu selesai.

Hasmy berkata, Suhakam berharap kerajaan dapat mempertimbangkan penangguhan hukuman mati atau meringankan hukuman tersebut kepada hukuman penjara sepanjang hayat terutama bagi banduan yang telah dikenakan hukuman lebih daripada lima tahun.

"Suhakam juga menyeru kerajaan supaya mengkaji semula keberkesanan hukuman mati dan menyertai 140 negara PBB bagi memansuhkan terus hukuman tersebut serta akan terus menyokong kerajaan dalam merealisasikan pematuhan sepenuhnya prinsip hak asasi manusia antarabangsa terutama UDHR," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan