SKMM Tubuh Biro Aduan Tangani Salahguna Internet

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menubuhkan sebuah biro untuk menerima aduan termasuk mengenai penyalahgunaan kemudahan internet, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu pada Isnin.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata biro itu akan menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab terhadap penyediaan atau penyebaran kandungan dalam rangkaian internet.

Menjawab soalan Abd Muis Picho (Umno-Sebatik), beliau berkata SKMM sentiasa memantau dan mengambil tindakan undang-undang di bawah seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bersabit aduan yang diterima.

"Selain itu, pihak yang difitnah dan dimalukan boleh mengambil tindakan sivil di mahkamah secara persendirian dengan mengemukakan saman ke atas mereka yang menabur fitnah melalui rangkaian sosial tersebut," katanya.

Menurut Jainab, semua jenis kandungan rangkaian dalam internet adalah tertakluk kepada undang-undang negara seperti Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Fitnah 1957, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Beliau berkata kerajaan negeri juga mewujudkan sebuah laman sesawang 'InsightSabah' untuk mempromosikan imej positif mengenai Sabah melalui penulisan artikel berdasarkan fakta dan statistik yang tepat.

"Laman sesawang ini memberi informasi menjurus kepada agenda kerajaan di mana ia merangkumi pembangunan, ekonomi, sosial dan politik.

"InsightSabah diwujudkan bagi menangani penyiaran maklumat yang tidak tepat dalam internet dengan membahas, membidas dan menyiarkan ulasan positif terhadap artikel atau isu yang berunsur fitnah," katanya.

Jainab berkata, selain InsightSabah, beberapa laman blog juga turut dibangunkan bagi tujuan penyebaran artikel positif membabitkan ekonomi, pelancongan, alam sekitar dan politik negeri. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan