Serangan Bermotifkan Rompakan Bukan Membunuh - Ketua Pemuda Kepong

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Norizan Ali  menunjukkan bagaimana tangannya dikelar ketika kejadian rompakan yang menimpanya baru-baru ini. -Foto THE STAR
Datuk Norizan Ali menunjukkan bagaimana tangannya dikelar ketika kejadian rompakan yang menimpanya baru-baru ini. -Foto THE STAR

KUALA LUMPUR: Setelah hampir sebulan menjalani rawatan, Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali berkata beliau percaya serangan ke atasnya, yang nyaris meragut nyawa, bukan satu rancangan untuk membunuhnya.

Malah beliau, yang kini sudah hampir pulih dari kecederaan ditetak dengan pedang pada bahagian perut dan tangan kiri, menafikan serangan itu bermotifkan politik mahupun perjuangannya membantah masalah Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

"Ia hanya satu cubaan samun ke atas saya. Tiada unsur dendam seteru politik mahupun berkaitan dengan perjuangan saya seperti dispekulasikan oleh majalah hiburan dan blogger," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini setelah beliau hampir sembuh menjalani rawatan di Ampang, di sini, Isnin.

Norizan, 41, diserang oleh dua lelaki bersenjata pada 24 Sept selepas pulang ke rumahnya di Jalan Dagang 2/4 Taman Dagang, Ampang di sini pada 3.30 pagi dan menjalani rawatan di Hospital Ampang.

Norizan yakin serangan itu berniat menyamunnya kerana dua penjenayah yang menyerangnya dengan kayu dan pedang melarikan diri setelah mengambil getah gelang dari tangan kanannya. "Saya sempat merayu kepada mereka ambil apa saja. Tapi mereka kata dalam dialek Indonesia kami buat begini (serang) kerana kamu lawan," katanya sambil menegaskan salah seorang daripada penjenayah itu cedera dalam pergelutan dengan beliau.

Katanya beliau ditetak sebanyak lima kali iaitu pertama di bahagian perut, satu tetakan di bahagian bahu kiri dan tiga lagi di bahagian tangan kiri dan jari.

Katanya empat daripada jari kirinya belum lagi boleh digerakkan tetapi kesemua sarafnya telah disambung oleh pihak doktor dan hanya jari hantunya yang boleh digerakkan.

Masih terdapat kesan jahitan pada bahagian kanan perutnya akibat ditetak dan parut jahitan menegak pada bahagian tengah perutnya kerana pembedahan bagi menyusun semula ususnya yang lari daripada kedudukan asal akibat ditetak.

Mengimbas kembali saat genting menghadapi maut ketika itu, Norizan bersyukur nyawanya masih panjang dan meminta pihak yang membuat spekulasi mengenainya agar bertemu dengan beliau untuk berdamai. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan