PM Ucap Tahniah Kepada Zulfahmi, Chong Wei

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pelumba negara Zulfahmi Khairuddin atas kejayaannya menduduki tempat kedua dalam perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia pada Ahad.

"Satu lagi sejarah tercatat! Tahniah Saudara Zulfahmi kerana memenangi tempat kedua di Malaysian Motorcycle Grand Prix. 'Podium finish' kita yang pertama. Syabas!" katanya di laman Twitter malam Ahad.

Zulfahmi dari pasukan AirAsia-SIC-Ajo mencatat masa 40 minit 54.151 saat di belakang pelumba Jerman Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo yang mencatat masa terpantas 40'54.123s.

Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang menjuarai Terbuka Denmark lewat malam Ahad.

"Saya dan isteri bercakap dengan Lee Chong Wei malam tadi. Kami mengucapkan tahniah dan Selamat Hari Lahir kepadanya," kata beliau.

Kejayaan Chong Wei menewaskan pemain China Du Pengyu dengan keputusan 15-21, 21-12, 21-19 dianggap sebagai hadiah hari jadi ke-30 pemain nombor satu dunia itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan