Persediaan Tapak Khemah Jemaah Malaysia Di Padang Arafah Siap

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Hanya tinggal tiga hari lagi sebelum jemaah haji Malaysia mula bergerak ke tapak perkhemahan di Padang Arafah kira-kira 22 kilometer dari sini untuk menjalani ibadah Wukuf, rukun haji kedua, tetapi yang utama daripada rukun-rukun haji.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata beliau sangat berpuas hati dengan pemasangan khemah-khemah itu di tapak yang sama pada tahun lepas.

"Saya rasa lokasinya amat baik kerana terletak di pinggiran jalan dan ini akan memudahkan pergerakan keluar masuk bas kita," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak perkhemahan itu di Padang Arafah Isnin.

Katanya antara pembaharuan yang diperkenalkan tahun ini adalah penggunaan sistem audio visual elektronik untuk memanggil jemaah haji menaiki bas-bas yang disediakan untuk pergerakan ke Muzdalifah dan Mina.

Sebanyak 220 khemah disediakan untuk setiap maktab atau kumpulan jemaah haji (2,200 orang) dan setiap khemah akan memuatkan 10 orang jemaah, katanya.

Beliau berkata jemaah haji Malaysia akan mula bergerak ke Padang Arafah pada 24 Okt selepas waktu Zuhur, 12.30 tengah hari waktu tempatan (atau kira-kira 5 petang waktu Malaysia). Pergerakan dijangka selesai pada 11 malam (waktu tempatan).

"Dari Padang Arafah, jemaah haji akan dibawa ke Muzdalifah selepas Maghrib dan akan menunggu separuh malam sebelum bergerak ke Mina untuk tujuan melontar Jamrah pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah," katanya.

Seramai 28,000 jemaah haji Malaysia akan berada di Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina selama lima hari sebelum balik ke Makkah, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan