PBT Digesa Pantau Projek Ubah Suai

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa memantau projek pengubahsuaian rumah atau bangunan terutama bagi memastikan pihak terlibat mematuhi undang-undang sebelum memulakan proses berkenaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, pemantauan tersebut perlu terutama dalam menentukan agar sebarang projek pengubahsuain menerima kelulusan terlebih dahulu.

Tegasnya, pemantauan rapi itu juga perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian anjung sebuah banglo di Shah Alam yang sedang dalam proses pengubahsuaian runtuh daripada berulang.

"Saya masih lagi menunggu laporan penuh daripada PBT berkaitan kes tersebut. Tetapi apa yang saya faham ialah pemilik banglo tidak mengemukakan pelan tambahan pengubahsuaian rumah kepada pihak bertanggungjawab.

"Dalam hal ini, saya gesa PBT memainkan peranan dan memantau setiap projek pengubahsuaian tambahan kepada rumah atau bangunan. PBT perlu sepanjang masa peka dengan situasi seperti ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kejadian anjung sebuah banglo di Jalan Jed Satu 7/5A di Shah Alam, Selangor yang runtuh minggu lalu.

Dalam kejadian itu, seorang buruh binaan warganegara Indonesia, Totok Mochamd Anthony, maut manakala lima lagi parah selepas sebahagian bumbung konkrit banglo mewah milik seorang ahli perniagaan itu runtuh.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan