MCA Tidak Pinggirkan Sabah - Chua

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi jaminan bahawa masyarakat di Sabah tidak akan dipinggirkan, terutama permintaan perwakilan dari Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dr Chua berkata beliau telah berbincang dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan bilangan kerusi untuk MCA bagi bertanding di negeri itu pada PRU-13.

"Permintaan daripada beberapa perwakilan dari Sabah tidak kami pinggirkan malah kami prihatin terhadapnya. Walau bagaimanapun, kami belum memutuskannya dan akan umumkan apabila sampai masanya," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan perbahasan sempena Perhimpunan Agung MCA ke-59 di Wisma MCA, Ahad.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Dr Chua berkata beliau berpuas hati dengan kehadiran keseluruhan anggota parti berbanding Perhimpunan Agung MCA tahun lepas, yang menunjukkan semangat untuk berubah dan bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Perubahan itu, menurut Presiden MCA juga dirasai oleh Najib apabila beliau merasmikan perhimpunan itu, dan berkata parti itu dilihat telah bersiap sedia untuk menghadapi pertempuran pilihan raya umum akan datang.

Perhimpunan itu merekodkan seramai 1,698 delegasi atau 72.53 peratus kehadiran.

Sementara itu, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam penggulungannya berkata MCA perlu lebih kerap menggunakan laman sosial seperti Twitter dan Facebook untuk berinteraksi dengan rakyat khususnya golongan muda bagi memastikan sokongan terhadap parti itu meningkat.

"Tidak dapat dinafikan Pakatan Rakyat sangat mahir dalam memburuk-burukkan kita melalui laman sosial serta menjalankan publisiti mereka bagi meraih sokongan daripada pengundi muda, jadi kita seharusnya 'mendedahkan' helah sebenar mereka kepada rakyat dengan menggunakan langkah sedemikian," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan