Malaysia Bukan Negara Sekular - Nazri Aziz

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah diputuskan atau diisytiharkan sebagai sebuah negara sekular.

Beliau berkata mengikut sejarah negara, Malaysia ditubuhkan berasaskan kerajaan Islam Kesultanan Melayu dan Raja-raja Melayu merupakan ketua agama Islam bagi negeri masing-masing.

Katanya, Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan dan kedudukan ini diperkukuhkan dengan adanya peruntukan-peruntukan lain yang menjaminnya.

"Saya tidak dapat sahkan kesahihah berkenaan kenyataan yang dibuat oleh ketiga-tiga Perdana Menteri yang lepas. Kalau saya menjawab pun, menjawab atas tanggapan sahaja bukan sesuatu fakta.

"Memang jelas bahawa Malaysia tidak pernah diputuskan atau diisytiharkan sebagai sebuah negara sekular. Ini kenyataan saya menjawab di Parlimen, bukan satu penipuan dan ini adalah berdasarkan fakta-fakta yang telah saya bentangkan," katanya ketika menjawab soalan tambahan John Fernandez (DAP-Seremban) di Dewan Rakyat pada Isnin.

John meminta supaya Nazri menjelaskan mengenai kenyataan yang dibuat oleh tiga mantan Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn yang menyebut Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan mengamalkan sistem perundangan berdasarkan 'English Common Law'.

Menurut Mohamed Nazri, negara-negara sekular lain seperti India, Amerika Syarikat dan Turki jelas memperuntukkan bahawa negara itu adalah negara sekular di dalam Perlembagaan di mana sebuah negara sekular tidak mengenal pasti sesuatu agama sebagai agama rasmi tetapi rakyatnya dibenarkan untuk mengamalkan agama masing-masing. Sementara itu, Mohamed Nazri ketika menjawab soalan asal John, berkata kedudukan Islam yang istimewa berbanding dengan agama-agama lain turut diiktiraf dalam kes-kes yang diputuskan di mahkamah tertinggi negara.

Katanya, dalam kes Lina Joy lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan lain, Ketua Hakim Negara ketika itu Tun Ahmad Fairuz telah merujuk kepada kes Che Omar Che Soh lawan Pendakwa Raya, yang mengiktiraf bahawa Islam bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi adalah suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian atau awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman.

Mohamed Nazri berkata kerajaan menyedari bahawa dalam kes Che Omar bin Che Soh, Mahkamah Agung tidak pernah memutuskan atau mengisytiharkan negara ini ialah sebuah negara sekular tetapi apa yang diputuskan ialah undang-undang sekular terus terpakai di Malaysia berdasarkan Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan.

"Sungguhpun begitu didapati bahawa di bawah Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan, perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada undang-undang yang digubal sebelum Hari Merdeka ialah "undang-undang yang sedia ada" dan bukannya undang-undang sekular".

"Berdasarkan kes Che Omar bin Che Soh, peruntukan undang-undang serta penjelasan adalah jelas bahawa Malaysia tidak pernah diputuskan atau diisytiharkan sebagai sebuah negara sekular," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan