KPDNKK Tidak Keluar Permit Bagi Peniaga Asing Sertai Karnival Di Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mengeluarkan permit kepada syarikat pengurusan acara dan peniaga asing bagi menyertai mana-mana karnival atau pesta perdagangan di negara ini.

KPDNKK dalam kenyataan di sini, hari ini berkata proses pengeluaran permit berkenaan adalah tertakluk kepada keputusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)di lokasi sesuatu karnival atau pesta perdagangan itu diadakan.

"Sebagai contoh sekiranya lokasi karnival yang dipohon adalah di ibu negara, maka pertimbangan terhadap permohonan itu adalah di bawah kawal selia pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," kata kenyataan itu.

Ia mengulas kenyataan Pertubuhan Peniaga Tekstil dan Barang-barang Am India Malaysia (MITA) pada Jumaat lepas yang meminta kementerian itu menghentikan pengeluaran permit kepada syarikat pengurusan acara tempatan untuk membawa masuk peniaga asing ke Malaysia.

Gesaan itu dibuat berikutan kebanjiran peniaga asing termasuk syarikat tekstil, kraftangan dan barang kemas asing yang menyertai pesta perdagangan India di Malaysia, seterusnya menjejaskan perniagaan usahawan India tempatan.

KPDNKK berkata untuk membendung perkara itu, ia berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Imigresen dan DBKL bagi mengenal pasti agensi bertanggungjawab terhadap pengeluaran permit karnival terbabit.

Selain itu, sebuah jawatankuasa dianggotai KPDNKK, KPKT, Jabatan Imigresen dan DBKL juga dicadangkan mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu itu dan isu-isu lain bagi menjaga kepentingan peniaga tempatan. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan