Kerajaan Mahu Petronas Semak Bida Bagi Projek Kanada - Peter Chin

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Kerajaan mahu Petronas, syarikat minyak dan gas nasional Malaysia, sama ada membida semula atau mencuba sedaya upaya untuk memastikan kejayaannya mengambil alih firma Kanada, Progress Energy Resources Corp dengan harga C$5.17 bilion.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, berkata: "Masih ada masa 30 hari lagi untuk mereka berbincang dengan pihak berkuasa.

"Saya percaya mereka (Petronas) telah berusaha keras bagi projek ini. Tentunya ini seolah-olah satu tamparan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas mengambil bahagian sebagai seorang ahli panel pada Sidang Kemuncak Tenaga Singapura di sini Isnin.

Acara itu diadakan sempena Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura.

Chin diminta mengulas tentang sama ada keputusan Kanada menghalang bida Petronas bagi mengambil alih Progress Energy Resources merupakan satu tamparan.

Menteri itu berkata beliau tidak faham tentang proses itu tetapi "saya diberitahu ada tempoh 30 hari."

Ditanya sama ada Petronas akan merayu, Chin berkata: "Saya pasti disebabkan oleh pelaburan yang besar yang mereka cadangkan ini... saya pasti mereka akan lakukan segala yang termampu dan yang perlu.

"Sama ada semak bida atau apa sahaja yang perlu, ini sahaja yang saya, sebagai ahli jawatankuasa minyak dan gas, boleh katakan. Saya rasa penting bagi mereka berbuat sesuatu mengenainya," kata Chin, yang merupakan ahli jawatankuasa minyak dan gas.

Ditanya mengenai prospek permintaan bagi Malaysia dalam tiga hingga lima tahun akan datang, Chin berkata Malaysia akan memerlukan 4,500 megawat lagi menjelang 2016.

"Kita baru sahaja mengendalikan proses bida bagi 4,500 megawat baru-baru ini," tegasnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan