Azalina Beri Seminggu Untuk Mazlan Aliman Mohon Maaf - Berita Semasa | mStar

Azalina Beri Seminggu Untuk Mazlan Aliman Mohon Maaf

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman memberi masa seminggu kepada ahli jawatankuasa Pas Pusat Mazlan Aliman untuk memohon maaf atas kenyataannya berhubung projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Petronas di kawasan itu.

Mazlan dalam ucapannya semasa Perhimpunan Hijau di Pengerang baru-baru ini mendakwa Azalina mempengaruhi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memilih Pengerang bagi menjalankan projek Rapid itu.

Azalina berkata beliau tidak teragak-agak untuk menyaman Mazlan, yang juga Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), sekiranya beliau tetap dengan pendiriannya untuk tidak memohon maaf.

Beliau berkata pihaknya telah bersedia membawa perkara itu ke mahkamah dan telah menyerahkan 'letter of demand' kepada Mazlan melalui peguamnya.

"Tidak mahu mohon maaf tidak apa...kita jumpa di mahkamah," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini Isnin.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa Mazlan tidak akan meminta maaf kepada Azalina.

Sementara itu, Azalina turut menyifatkan pembangkang tersilap langkah apabila mendakwa penduduk Pengerang menolak projek berkenaan di kawasan itu.

Azalina berkata sebaliknya penduduk di lokasi projek memberi sokongan penuh malah menerima tawaran pengambilan tanah oleh kerajaan negeri Johor.

"Tiada bantahan daripada penduduk terlibat dalam fasa pertama projek berkenaan malah apabila borang pengambilan tanah diserahkan, semua menerima tawaran pengambilan tanah itu," katanya yang enggan mendedahkan maklumat terperinci mengenai identiti penduduk serta jumlah pampasan yang diterima mereka.

Beliau turut menegaskan bahawa projek Rapid tidak mengganggu alam sekitar termasuk mengganggu habitat dugong dan ikan lumba-lumba.

"Dugong dan ikan lumba-lumba hanya ada di sebelah Sungai Johor iaitu Sungai Lebam...tidak ada dugong di kawasan laluan kapal di Pengerang dan tiada sebarang pelanggaran pernah dilaporkan," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan