SPR Lantik Enam NGO Bebas Jadi Pemerhati PRU-13 Di Semenanjung

Diterbitkan: Ahad, 21 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebanyak enam badan bukan kerajaan (NGO) dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjadi pemerhati pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU ke-13) di Semenjung Malaysia.

NGO berkenaan ialah Merdeka Centre, Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas), Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham), Transparency International, Centre for Public Policy (CPPS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata inisiatif itu, yang pertama kali diperkenalkan SPR, bertujuan memberi peluang kepada NGO berkenaan menilai sendiri ketelusan dan peraturan SPR sepanjang pilihan raya berlangsung.

Beliau berkata SPR juga sedang berbincang dengan beberapa NGO untuk dijadikan pemerhati di Sabah dan Sarawak.

"Kita sudah berbincang tiga kali dengan NGO itu mengenai syarat-syarat pelantikan dan bidang tugas," katanya kepada pemberita selepas sesi forum mengenai pilihan raya bebas dan adil anjuran, Institut Nasional Integriti Pilihan Raya di sini, Sabtu.

Beliau berkata pemilihan NGO berkenaan dibuat selepas SPR benar-benar yakin bahawa mereka komited memperjuangkan demokrasi dan bersifat berkecuali tanpa memihak kepada mana-mana parti politik.

Wan Ahmad berkata setiap NGO itu hanya boleh menempatkan tiga anggotanya di setiap kawasan Parlimen untuk menjadi pemerhati dan mereka juga diminta menghasilkan laporan khas sepanjang perjalanan pilihan raya itu.

"Melalui laporan itu, kita akan tahu apa kelemahan kita dan apa perkara yang perlu untuk penambahbaikan," katanya.

Beliau juga berkata SPR akan menggerakkan seramai 230,000 petugasnya ketika PRU ke-13 itu, nanti.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata SPR sedang menimbang untuk meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilihan) 2002 selepas PRU ke-13.

Jelas beliau sudah tiba masanya untuk SPR meneliti semula semua perkara dalam peraturan itu untuk membolehkan pendaftaran pemilihan dapat ditambah baik.

Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad berkata rakyat Malaysia di luar negara boleh memuat turun borang 1A di laman web SPR bagi memohon mengundi secara pos, bulan depan.

"Borang permohonan undian secara pos itu hanya boleh dimohon oleh rakyat Malaysia yang sudah mendaftar sebagai pengundi," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan