Pemuda MCA Lulus 16 Resolusi

Diterbitkan: Ahad, 21 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA di sini, Sabtu telah meluluskan 16 resolusi yang antara lain meminta supaya kegiatan berbentuk ekstremis ditolak rakyat dan menghukum sekeras-kerasnya golongan yang sengaja mengakibatkan huru-hara dalam negara.

Resolusi itu yang merangkumi bidang hal ehwal parti, politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan hal ehwal kerajaan diluluskan sebulat suara oleh 721 anggota perwakilan.

Resolusi politik antaranya mempertahankan sepenuhnya pentadbiran berteraskan Perlembagaan Persekutuan selain mengkritik sekeras-kerasnya DAP yang masih tidak memberi sebarang respon terhadap kesungguhan parti sekutunya, PAS, untuk melaksanakan hukum hudud.

Dalam pada itu, mereka turut menyokong penuh program transformasi di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyeru rakyat memilih.

Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang jika mahu program itu diteruskan.

Resolusi ekonomi pula meminta kerajaan memperuntukkan lebih banyak pinjaman faedah rendah kepada peniaga dan pengusaha industri kecil dan sederhana serta memberikan subsisi kepada golongan belia bagi membantu mereka membeli rumah dan kenderaan pertama.

Di bawah bidang pendidikan pula, perwakilan melahirkan harapan supaya pandangan masyarakat Cina diambil kira dalam perancangan Pelan Tindakan Pendidikan bagi memastikan pendidikan pelbagai aliran mendapat jaminan dan ruang perkembangannya.

Dalam pada itu, mereka turut menyambut baik penubuhan Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan dan menyeru komuniti Cina untuk memandang penubuhannya secara positif selain mengumumkan setiap peringkat Pemuda MCA akan membantu mencapai sasaran kutipan derma RM1juta bagi pembinaannya.

Selain itu, perwakilan juga mencadangkan agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkasakan Jabatan Siasatan Jenayah serta menggerakkan Pasukan Simpanan Persekutuan dan Pasukan Gerak Am untuk terlibat sama dalam aktiviti rondaan bit dan banteras jenayah secara menyeluruh. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan