Pakatan Rakyat Tidak Layak Perintah Malaysia - Dr Chua

Diterbitkan: Ahad, 21 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Seri Dr Chua  Soi Lek
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Pakatan Rakyat (PR) tidak layak memerintah negara ini kerana mereka tidak mempunyai kata sepakat dalam pelbagai isu.

Beliau berkata ketiga-tiga parti komponen PR, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS sering berbalah dalam pelbagai isu kecil dan besar.

"Mereka tidak boleh bersetuju atas satu simbol, satu bendera satu kabinet bayangan dan siapa akan jadi Perdana Menteri mereka sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya.

"Presiden DAP, Karpal Singh kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng boleh jadi Perdana Menteri. PKR kata Datuk Seri Anwar Ibrahim calon Perdana Menteri mereka.

"Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kata Anwar bukan satu-satunya calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung MCA ke-59 di Wisma MCA pada Ahad.

Dr Chua berkata PR berpegang kepada falsafah perebutan kuasa dan huru-hara dahulu akhirnya rakyat yang tidak berdosa akan menjadi mangsa.

"Justeru, rakyat perlu membuka mata kepada apa yang mereka (PR) telah lakukan," katanya.

Beliau berkata, MCA akan bekerjasama rapat dengan semua parti komponen Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-13.

Jelasnya, rakyat Malaysia perlu memilih sama ada BN yang menjanjikan kualitik hidup yang lebih baik untuk semua atau memilih PR yang tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

"Memilih PR bermakna yang pasti mereka akan berhadapan dengan polisi yang memecah belah, mengelirukan dan sebuah negara yang bankrap kerana dasar populis yang dijanjikan oleh mereka bagi mendapatkan undi rakyat," katanya.

Menurutnya, tema utama MCA pada kali ini, Kestabilan Diutamakan dan Huru Hara Diketepikan' telah mendapat maklum balas yang baik daripada masyarakat.

"Tema ini merupakan peringatan kepada rakyat bahawa kepentingan memastikan perkembangan ekonomi, kestabilan sosial, keharmonian dan keamanan, berbanding agenda PR yang sengaja mencipta huru hara bagi merampas kuasa," katanya.

Jelasnya, polisi populis yang dikemukakan PR seperti memastikan pendapatan isi rumah minimum RM4,000 kepada 3.8 juta keluarga, pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pemansuhan tol dan cukai yang melibatkan pendapatan negara berjumlah RM200 juta akan hanya membankrapkan Malaysia dalam tempoh dua tahun sekiranya mereka mengambil alih Putrajaya dan melaksanakan polisi berkenaan.

Pada sidang media selepas perasmian mesyuarat agung MCA, Dr Chua berkata hudud ala PAS jika dilaksanakan akan memberi kesan yang besar terutamanya perubahan daripada aspek sosio ekonomi dan kesannya terhadap rakyat dan negara ini secara keseluruhannya.

"Adalah tidak tepat untuk mengatakan kami (MCA) bermain dengan isu hudud

"Apa yang yang kami katakan adalah fakta yang benar dan akan berlaku.

"Sebagai contoh, hudud ala PAS yang akan diperkenalkan nanti termasuk menutup Genting.

"Bagi mereka, bursa saham juga merupakan satu unsur perjudian," katanya.

Jelasnya, tiada panggung wayang di Selangor kerana hiburan bukan agenda PAS. PKR dan DAP hanya berdiam diri kerana PAS adalah sekutu yang dominan.

"Realitinya Hudud Ala PAS yang dikemukakan akan memberikan kesan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam," tegasnya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan