Orang Melayu Sudah Bosan Dengan DAP - PM

Diterbitkan: Ahad, 21 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama para pemimpin MCA mengangkat poster 'I Love BN' dan logo Barisan Nasional pada perasmian Perhimpunan Agung MCA Ke-48 di Dewan San Choon di sini, Ahad. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama para pemimpin MCA mengangkat poster 'I Love BN' dan logo Barisan Nasional pada perasmian Perhimpunan Agung MCA Ke-48 di Dewan San Choon di sini, Ahad. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata orang Melayu sudah bosan dengan DAP.

Justeru beliau, mencabar parti pembangkang itu yang mendakwa sebagai parti pelbagai kaum untuk bertanding di kawasan Melayu. "Jika DAP sebuah parti pelbagai kaum, saya cabar mereka bertanding di kawasan Melayu. Anda tahu orang Melayu sudah muak dengan DAP," katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-59 di sini, Ahad.

Antara yang hadir ialah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, dua Naib Presiden Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib juga bersetuju dengan Presiden MCA bahawa pemimpin-pemimpin DAP kononnya mengutamakan pelbagai kaum tetapi pada hakikatnya tidak begitu.

"Adakah mereka lebih demokratik daripada kami (BN). Jika anda mahu tahu, tanya Tunku Aziz (bekasl naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim), beliau akan beritahu anda.

"Bagi DAP reformasi hanyalah satu slogan," kata Najib sambil menegaskan mesej BN ialah perubahan sebenar dan kemajuan pesat sedang berlaku di Malaysia.

Beliau berkata orang boleh mempersoalkan dasar-dasar dan keadilan kerajaan tetapi tidak harus mempersoalkan asas negara ini yang telah dibina berasaskan Perlembagaan.

"Kerajaan telah membuat banyak keputusan yang berisiko politik hanya untuk memastikan ia adil kepada semua rakyat di negara ini.

"Atas asas itu, kerajaan tahu mengenai empat keperluan asas yang menjadi teras perjuangan masyarakat Cina di negara ini dan kerajaan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan kumpulan itu, seboleh yang mungkin," katanya.

Menurutnya, keperluan itu termasuk mempunyai ekonomi yang stabil dan berdaya maju, negara yang adil dan saksama, tadbir urus baik serta pendidikan.

"Saya percaya orang Cina ada empat perkara yang dia hendak sangat...orang Cina hendak ekonomi, negara maju. Ekonomi negara kita antara yang terbaik di dunia pada masa ini. Ada pelawat luar negara kagum dengan Malaysia.

"Ekonomi kita berjalan baik dan dan bajet kita yang mesra rakyat dan bertanggungjawab daripada segi fiskal. (Sebaliknya) Bajet Pakatan Rakyat, populis dan tidak bertanggungjawab daripada segi fiskal...ini banyak bezanya," katanya.

Justeru, beliau menyeru rakyat agar tidak mempertaruhkan negara ini kepada pakatan pembangkang.

"Kenapa saya begitu marah dengan mereka, bukan kerana mereka mahukan jawatan saya, dalam sistem berParlimen, ok, nak tawan Putrajaya, lepas itu nak lelong, tak apa.

"Kita tidak boleh memperjudikan masa depan Malaysia. Kami telah bersusah payah membina negara ini...kami tidak akan mengorbankan apa yang telah kami lakukan," katanya sambil mempersoalkan kredibiliti pakatan pembangkang untuk menerajui negara sedangkan mereka tidak mampu memutuskan kabinet bayangan mereka.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan