Umno Sedia Panduan Definisi Perbuatan Sabotaj Parti - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 20 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan pekerja-pekerja industri ketika bersarapan bersama warga industri di kawasan perindustrian Pagoh, Johor. -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan pekerja-pekerja industri ketika bersarapan bersama warga industri di kawasan perindustrian Pagoh, Johor. -fotoBERNAMA

PAGOH: Umno telah menyediakan panduan mengenai definisi terperinci perbuatan mensabotaj parti untuk digunakan jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk memantau dan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana anggota parti yang mengkhianati atau mensabotaj calon Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagaimanapun panduan itu akan diperhalusi terlebih dahulu oleh jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang juga Pengerusi Lembaga Disiplin parti sebelum diedarkan kepada kesemua bahagian. "Semua ini akan diperhalusi oleh jawatankuasa yang dibentuk dan dibantu oleh urus setia ibu pejabat Umno untuk menggariskan perkara-perkara salah laku tadi dan akan kita edarkan kepada semua bahagian untuk dijadikan panduan.

"Umpamanya kalau seseorang itu bertanding menentang calon Barisan Nasional, itu sudah lebih daripada sabotaj dan pada masa yang lepas kita tidak ambil tindakan pecat serta merta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Keusahawanan dan Pendidikan Johor di Kompleks Sukan Pagoh di sini Sabtu.

Muhyiddin berkata pada masa lalu tindakan hanya diambil apabila laporan diserahkan kepada Majlis Tertinggi selepas pilihan raya.

Menurutnya, kuasa sudah diturunkan semalam kepada jawatankuasa tersebut untuk bertindak dan memecat anggota parti yang melakukan salah laku itu dan jika panduan itu digunakan, tindakan segera dapat diambil tanpa menunggu mesyuarat Majlis Tertinggi diadakan.

"Kali ini kita maklumkan awal bahawa sekarang jangan lakukan hal sebegini. Ini langkah-langkah pencegahan...apa yang penting ialah setiap ahli parti sedar bahawa mereka harus sentiasa setia pada parti, setia pada perjuangan dan sentiasa mahu menentukan BN dalam keadaan baik dan mencapai kemenangan," katanya.

Majlis Tertinggi Umno semalam bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas itu yang akan dianggotai beberapa anggota Majlis Tertinggi yang tidak ada kepentingan selain anggota Lembaga Disiplin dan pihak tertentu selaras dengan Fasal 10.15 yang dibaca bersama Fasal 20.3 Perlembagaan Umno.

Anggota yang dilantik boleh memberi laporan kepada jawatankuasa itu dan di samping itu laporan dibuat terus kepada ibu pejabat dan secara online. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan