Terdapat Golongan Muda Ambil Ringan Nilai Budaya Dan Moral - Wanita MCA

Diterbitkan: Sabtu, 20 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terdapat golongan muda yang tidak mempedulikan nilai-nilai budaya dan moral lagi, kata perwakilan Wanita MCA.

Merujuk kepada blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee, yang menjadi terkenal dengan tindakan terlampau menyiarkan video dan gambar seks mereka di internet, Oh Ho Kiew dari bahagian Kangar berkata kedua-duanya menarik banyak perhatian dan kritikan.

"Walaupun meletakkan gambar seks di internet bukan lagi menjadi perkara baru, ia tidak bermakna kita harus mengambil ringan budaya dan nilai-nilai kita," katanya.

Pendidikan harus menjadi kunci yang membawa seseorang untuk menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab, menghormati diri sendiri dan dihormati orang lain.

Wakil bahagian Rasah Yap Siok Moy berkata rakyat Malaysia tidak berasa selamat lagi dengan jenayah yang semakin meningkat yang berlaku di jalanan, tempat letak kereta dan di rumah.

Beliau berharap kerajaan akan memasang lebih banyak CCTV di kawasan awam untuk meningkatkan keselamatan dan membantu polis dalam membanteras jenayah dengan lebih berkesan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan