Pemuda MCA Diminta Tingkatkan Penggunaan Media Sosial Supaya Suara Lebih Didengari

Diterbitkan: Sabtu, 20 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (dua, kiri) beramah mesra bersama ahli-ahli MCA yang hadir pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA Ke-48 di Dewan San Choon, K.Lumpur. Turut kelihatan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin (tiga, kiri) dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong (kiri). -fotoBERNAMA
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (dua, kiri) beramah mesra bersama ahli-ahli MCA yang hadir pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA Ke-48 di Dewan San Choon, K.Lumpur. Turut kelihatan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin (tiga, kiri) dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong (kiri). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemuda MCA mesti meningkatkan penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter dalam menyuarakan pendirian mereka dan memberitahu perkembangan negara kepada masyarakat.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ia akan membantu sayap untuk memahami usaha Barisan Nasional dan dasar-dasar yang memberi manfaat kepada rakyat.

Liow berkata penggunaan media sosial akan diperhebatkan menjelang pilihan raya umum.

"Arena politik dipenuhi dengan isu-isu semasa dan kita mesti berupaya untuk bertindak balas dengan cepat, terutama mengenai isu-isu yang memudaratkan parti," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA ke-48 di Wisma MCA di sini.

Perhimpunan dihadiri oleh 721 (41.8%) daripada 1,724 perwakilan belia pusat.

Liow berkata terdapat keperluan untuk membetulkan persepsi bahawa suara belia telah diabaikan oleh parti-parti politik, sambil menambah persepsi sedemikian mempunyai kesan negatif terhadap Barisan Nasional (BN).

"Keadaan huru-hara akan membawa Pembangkang untuk memancing undi," katanya, sambil menambah mereka mampu melakukan apa sahaja untuk merebut kuasa.

Liow berkata DAP bersedia untuk menjadi "broker utama" PAS yang ingin melaksanakan hukum hudud.

"Modus operandi DAP adalah untuk mengelirukan rakyat dengan segala macam istilah, dan menipu rakyat dengan mengatakan bahawa PAS tidak akan dapat merealisasikan matlamatnya melaksanakan hudud," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan