Kerajaan Tidak Pernah Pinggirkan Golongan OKU - Shahrizat

Diterbitkan: Sabtu, 20 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah meminggirkan orang kurang upaya (OKU) terutamanya dalam menyalurkan pelbagai bantuan kepada mereka bagi memastikan golongan itu menjalani kehidupan seperti biasa, kata Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Sabtu.

Beliau berkata ini dapat dilihat daripada peruntukan sebanyak RM1.2 bilion yang disediakan untuk golongan OKU di bawah program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA) bagi meringankan kos hidup mereka dalam Belanjawan 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Kerajaan juga akan memperuntukkan sebahagian Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk golongan OKU selain akan membina Taska OKU," katanya pada Karnival Persekutuan Orang Pekak Malaysia sempena Hari Kesedaran Orang Pekak 2012 di sini.

Shahrizat berkata beliau amat mengagumi golongan OKU terutamanya golongan cacat pendengaran yang gigih berusaha memperbaiki status sosial, ekonomi dan berdikari membawa keluarga keluar daripada kelompok kemiskinan.

"Kegigihan mereka ini seharusnya dijadikan inspirasi oleh semua anggota masyarakat," katanya.

Sementara itu Presiden MFD Mohamad Sazali Shaari berkata karnival yang diadakan buat julung kalinya itu menganjurkan pertandingan 'Permainan Tradisional Orang Pekak 2012' dan 'Pertandingan Pidato Orang Pekak Antarabangsa 2012".

Sazali berkata karnival ini bertujuan mempromosi permainan tradisional kepada generasi muda yang pekak agar tidak pupus selain mencungkil bakat orang pekak dalam berpidato.

"Ini akan meningkatkan kebolehan diri serta menjadikan golongan OKU terutamanya golongan cacat pendengaran ini berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang, " katanya.

Lebih 300 golongan OKU cacat pendengaran dari seluruh negara hadir meraikan karnival tersebut yang diadakan selama dua hari bermula hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan