Kerajaan Fikir Laksana AES Sejak 10 Tahun Lalu

Diterbitkan: Sabtu, 20 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa kerana kerajaan telah memikirkan sistem seperti itu 10 tahun lalu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, pada tahun 2003, kerajaan mengkaji sistem automatik yang serupa di negara-negara lain dan mendapati kemalangan dan kematian jalan raya berkurang sebanyak 60 peratus.

Berikutan itu, sembilan buah syarikat telah mengambil bahagian apabila tender dibuka pada tahun 2006.

"Dari sembilan, tujuh syarikat membuat demonstrasi secara langsung (sistem mereka)," Kong memberitahu sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Tahunan Wanita MCA ke-37 pada Sabtu.

Kong, yang merupakan Setiausaha Agung MCA, berkata jawatankuasa pemilihan membuat penelitian terhadap semua bidaan.

Ahli jawatankuasa termasuklah Perbendaharaan, polis, Jabatan Peguam Negara Malaysia dan Badan Pencegah Rasuah.

"Pada tahun 2009, dua syarikat telah dipilih untuk memasang dan menjalankan sistem," katanya.

Kong berkata sepanjang tempoh itu, wakil Kementerian Pengangkutan menjalankan pelbagai wawancara media mengenai perkara itu.

Beliau memberi jaminan memberi lebih penglibatan awam dan program kesedaran supaya orang ramai lebih memahami sistem tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan