Jawatankuasa Khas Siasat Ahli Umno Sabotaj dan Khianati Parti Dibentuk

Diterbitkan: Sabtu, 20 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, merangkap Presiden UMNO menghadiri sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn (PWTC) di sini, Jumaat.-Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, merangkap Presiden UMNO menghadiri sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn (PWTC) di sini, Jumaat.-Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa Khas bagi mengambil tindakan ke atas ahlinya yang mensabotaj dan mengkhianati parti.

Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, jawatankuasa tersebut akan diketuai oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dan beberapa wakil Majlis Tertinggi Umno yang tiada kepentingan dalam parti.

"Majlis Tertinnggi Umno telah bersetuju untuk mewujudkan Jawatankuasa Khas ini selaras dengan Perlembagaan Umno Fasal 20.3 dan 10.15.

"Di peringkat bahagian pula akan ada seorang pemantau yang akan membuat laporan bertulis terus kepada jawatankuasa itu atau secara online," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn pada Jumaat.

Najib berkata, jawatankuasa tersebut akan menjalankankan usaha yang lebih proaktif dalam memantau perbuatan mensabotaj dan mengkhianati parti.

"Definisi sabotaj ini akan diperjelaskan oleh Jawatankuasa Khas ini nanti. Sebagai contoh mereka yang menyokong parti lawan, menghasut untuk menentang parti, mensabotaj calon Barisan Nasional dan salah guna wang," katanya lagi.

Ditanya sama ada penubuhan jawatankuasa itu ada kena-mengena dengan beberapa ahli Parlimen Umno Sabah yang keluar parti menjadi calon Bebas, Mohd Najib berkata: "Ia tidak ada kena-mengena. Kita mahu proses ambil tindakan disegerakan.

"Tetapi sekarang ini kita nak lebih tegas lagilah. Dulu ianya lambat, dah berbulan-bulan baru kita ambil tindakan.

Beliau berkata sebelum ini, sudah ada anggota parti yang telah dikenakan tindakan atas sebab mensabotaj dan mengkhianati parti.

Menurutnya, antara tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka yang didapati bersalah adalah seperti digantung atau dipecat keahlian serta tindakan lain yang tertakluk di bawah fasal tersebut dalam Perlembagaan Umno.

Beliau berkata, bagi mereka yang bertanding sebagai calon Bebas mereka secara automatik akan dipecat dan tidak akan dibenarkan menjadi ahli semula.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan