Bercuti Di Tanah Tinggi Pada Musim Hujan, Berisiko

Diterbitkan: Sabtu, 20 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Orang ramai dinasihatkan tidak bercuti di kawasan tanah tinggi ketika musim hujan kerana dikhuatiri berisiko dan boleh mengancam keselamatan.

Pensyarah di Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Mohd Khanif Yusop berkata keadaan tanah di beberapa tanah tinggi di Malaysia terdedah dengan hakisan teruk terutamanya pada musim hujan.

“Kawasan-kawasan tanah tinggi dan berbukit terutamanya di tempat-tempat yang telah dibangunkan mempunyai risiko hakisan terutamanya ketika hujan.

“Kebanyakan tempat mudah berlaku hakisan apabila pokok-pokok ditebang untuk dibina bangunan, maka air hujan akan masuk terus ke dalam tanah dan keadaan tanah pepejal bertukar menjadi cecair dan bergerak menyebabkan gelongsoran tanah,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada Khamis, akhbar The Star melaporkan, hujan lebat mulai melanda sebahagian besar pantai barat Semenanjung Malaysia pada pertengahan September dan dijangka berterusan dalam tempoh dua minggu akan datang.

Lapor The Star lagi, Lembaga Lebuhraya Malaysia akan mengeluarkan amaran kepada orang ramai melalui stesen radio berkenaan lokasi-lokasi hujan dan banjir yang harus dielakkan.

Tambah Mohd Khanif, kejadian tanah runtuh bukan sahaja berlaku di tanah-tanah tinggi malah beberapa kawasan lebuh raya turut berisiko dan berbahaya ketika hujan.

“Beberapa lebuh raya di Malaysia pernah berlaku tanah runtuh seperti di Gua Tempurung di Perak, KL – Karak berhampiran Genting Highlands dan jalan-jalan berhampiran Cameron Highlands.

“Kebanyakan kes-kes yang berlaku kejadian hakisan atau tanah runtuh di jalan-jalan dan lebuh raya juga pada musim hujan di mana tanah menjadi tidak stabil mengakibatkan struktur jalan raya turut bergerak,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Khanif menganggap kawasan-kawasan tanah di Malaysia masih stabil dan langkah terbaik untuk mengurangkan kejadian tanah runtuh ialah melalui pengurusan air yang betul.

“Jika kawasan-kawasan ini ingin dibangunkan sebagai tempat pelancongan atau perumahan ia perlu ada satu sistem pengurusan air yang terancang kerana jika berlakunya musim hujan air dapat mengalir dengan baik dan mengawal pergerakan tanah,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan