372 Taska Didaftarkan Serta Merta Melalui Inisiatif Baru JKM - PM

Diterbitkan: Sabtu, 20 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 372 buah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dikenal pasti oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pendaftaran serta merta di bawah Fasa 1 melalui inisiatif baharu memudahkan dan mempercepatkan pendaftaran Taska.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jumlah itu adalah daripada 1,180 permohonan pendaftaran.

"Inisiatif ini diperkenalkan supaya Taska yang telah mematuhi standard minimum JKM berdasarkan aspek perkembangan, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak seperti latihan kepada pengasuh, nisbah pengasuh dengan bilangan kanak-kanak, jadual aktiviti dan penglibatan ibu bapa di bawah Akta Taska 1984, boleh didaftarkan oleh JKM dengan segera," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Najib yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata sebelum ini, pengusaha Taska perlu mendapatkan kelulusan daripada agensi teknikal terlebih dahulu seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kesihatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum mereka didaftarkan oleh JKM.

Menurut Najib sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 1,395 Taska telah pun berdaftar dengan JKM.

Beliau juga berharap lebih ramai pengusaha Taska tampil untuk mendaftarkan Taska masing-masing.

"Pengusaha-pengusaha Taska boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah yang terdekat untuk urusan pendaftaran atau melayari portal ezi2care.jkm.gov.my," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan