Terowong SMART Mungkin Akan Ditutup Jika Hujan Berlebihan - Berita Semasa | mStar

Terowong SMART Mungkin Akan Ditutup Jika Hujan Berlebihan

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Terowong SMART akan ditutup untuk kegunaan awam semasa musim angin monsun jika aliran air di kuala sungai Ampang dan Klang mencapai paras 150 meter padu sesaat.

Pengarah Pusat Kawalan SMART Nor Hisham Mohd Ghazali berkata, terdapat kemungkinan terowong akan ditutup kerana hujan yang berlebihan.

"Orang ramai akan dimaklumkan sejam sebelum terowong ditutup dan mereka dinasihatkan supaya mencari laluan alternatif," katanya.

Lokasi yang sering berlaku banjir di Lembah Klang termasuklah Salak Selatan, beberapa kawasan di Ampang, Jalan Dang Wangi dan pusat bandar, katanya.

"Orang ramai perlu berhenti membuang sampah sewenang-wenangnya kerana banjir kilat akan berlaku apabila longkang tersumbat.

"Penduduk juga perlu membersihkan longkang di rumah mereka dan di kawasan kejiranan," katanya.

Pengarah Bahagian Hidrologi dan Sumber Air Datuk Hanapi Mohamad Noor berkata hujan lebat dijangka berlaku antara musim monsun tetapi tidak diketahui dengan tepat bila ia akan berlaku kerana ramalan hanya boleh dilakukan tiga hingga empat hari ke hadapan.

Kawasan yang sering dilanda banjir ialah Selangor, Kuala Lumpur dan Perak, katanya, sambil menambah banjir di Lembah Klang disebabkan oleh hujan konvensional.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan