SPAD Keluar Pekeliling Berkaitan Lori Bawa Lebih Muatan

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengeluarkan pekeliling berkaitan lori membawa lebih muatan.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Kamal berkata SPAD serius terhadap lori yang membawa lebih muatan yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam serta pengguna jalan raya.

"Pekeliling ini dikeluarkan dengan mengambil kira keselamatan pengguna jalanraya yang lain.

"Banyak kemalangan yang melibatkan lori lebih muatan menyebabkan maut," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, Jumaat.

Beliau berkata, barangan lori yang membawa lebih muatan terutamaya batu boleh membahayakan pengguna jalanraya.

"Walaupun ada pengendali lori yang menggunakan papan pengadang untuk mengelakkan kejatuhan barangan dari lori, terdapat juga pengendali yang menyalah-gunakan pengadang bagi mengangkut lebih banyak barangan.

"SPAD juga ada menerima aduan yang mana lori lebih muatan menjadi punca utama kerosakkan jalanraya di Malaysia," jelasnya.

Pekeliling dikeluarkan selepas mesyuarat diadakan di antara SPAD dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan persatuan pengendali-pengendali lori.

Pekeliling Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Bil.8 Tahun 2012 mengenai 'Syarat-syarat lesen pengendali kenderaan barangan berkenaan spesifikasi kenderaan, jenis barangan dan keadaan barangan yang dibawa sebagai syarat lesen pengendali kenderaan jenis tipper/dumper yang beroperasi di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa mulai 25 September 2012.

Katanya, pekeliling dikeluarkan dengan tujuan memastikan kenderaan beroperasi mengikut kelulusan asal bagi memastikan keberkesanan peralatan teknikal semasa operasi selain mempertingkatkan aspek keselamatan dan fizikal kenderaan.

Selain itu ia juga bertujuan mengurangkan kerosakan jalanraya akibat lebih muatan dan mengurangkan bilangan kenderaan barangan yang menyumbang kepada kemalangan serta pencemaran alam sekitar.

Beliau menambah, statistik merekodkan sebanyak 161 kes membabitkan kesalahan lori lebih muatan antara Januari hingga September 2012, yang mana pendakwaan telah dijalankan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan