PRS Mahu Salang Pertahan Kerusi Parlimen Julau Bagi Penggal Keempat

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SARIKEI: Parti Rakyat Sarawak (PRS), sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak, sangat inginkan agar penyandang kerusi Parlimen Julau Datuk Joseph Salang untuk mempertahankan kerusi berkenaan bagi penggal keempat dalam pilihan raya umum ke-13.

Presiden PRS Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata ini disebabkan Salang "sentiasa memberi khidmat sepenuh jiwa raga kepada kawasan pilihan rayanya dan turun padang pada hampir setiap hujung minggu."

"Tambahan pula, Salang seorang pemimpin yang sangat baik, ikhlas dan seringkali melaksanakan khidmatnya dengan cemerlang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi bertemu penduduk di rumah panjang Rh. Lima anak Guang di Sungai Ridan, Ulu Entaih di Pakan dekat sini, Jumaat.

Beliau berkata isu yang dimanipulasi oleh pembangkang bahawa Salang bukan anak tempatan dan oleh itu perlu digantikan, sememangnya sangat remeh.

"Namun begitu apa gunanya mempunyai seorang (wakil) anak tempatan tetapi tidak boleh berkhidmat? Salang yang mewakili kawasan ini sejak tiga penggal lepas telah membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang paling berkebolehan dan sangat dihormati," katanya.

"Untuk menegaskan selanjutnya hakikat ini, beliau juga seorang daripada anggota Kabinet Persekutuan dengan jawatan sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

"PRS menaruh penuh kepercayaan kepada beliau untuk sekali lagi memenangi kerusi berkenaan bagi BN. Kami juga mahu turut memenangi kesemua enam kerusi yagn lain," katanya.

Salang dijangka dicabar oleh Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Meluan Wong anak Judat, sebelum ini menganggotai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), sebuah lagi parti komponen BN negeri, yang keluar daripada parti itu untuk menyertai sebuah parti pembangkang, Parti Pekerja Sarawak (SWP).

Salang, ketika berucap sebelum itu, berkata bukan menjadi amalan BN untuk membohongi rakyat berhubung projek pembangunan. "Projek seperti ini akan mengambil masa untuk dilaksanakan berikutan kekangan kewangan di pihak kerajaan selain hakikat bahawa Sarawak sebuah negeri yang sangat besar.

"Bagaimanapun lambat laun, BN tetap melaksanakan apa yang dijanjikannya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan