Pemilik Banglo Serah Tugas Mohon Kelulusan Pada Kontraktor

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemilik banglo dalam kejadian bumbung konkrit runtuh di Seksyen 7 di sini Khamis, menyerahkan tugas memohon kelulusan daripada Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) kepada kontraktor yang bertanggungjawab mengubah suai kediamannya.

Beliau berkata sepanjang pengetahuannya, permohonan kelulusan pelan pengubahsuaian itu dibuat kontraktor tersebut pada hujung tahun lepas.

"Menurut kontraktor berkenaan, permohonan sudah dibuat dan saya menjangkakan kelulusan telahpun diperoleh... apa pun saya tidak mahu komen lanjut berhubung perkara ini," katanya ketika dihubungi.

Pada sidang akhbar pagi Jumaat, Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata pemilik banglo itu gagal memohon kelulusan pelan pengubahsuaian mengikut Seksyen 70(1) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974.

Mohd Jaafar berkata banglo yang terlibat dalam kejadian runtuh itu merupakan antara 26 unit yang dibina dalam lima reka bentuk berlainan atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan anggaran harga jualan RM1.2 juta seunit ketika diiklankan.

Beliau berkata daripada 26 unit itu, empat banglo sedang diubah suai namun hanya dua yang memperoleh kelulusan pelan pengubahsuaian, sementara dua lagi termasuk banglo yang terlibat dalam kejadian runtuhan tersbut tidak mempunyai kelulusan. Mengulas lanjut, ahli perniagaan berumur 50-an yang enggan dikenali itu berkata banglo tersebut dibeli sejak dua tahun lepas dan memperoleh sijil layak menduduki (CF) pada April 2012.

Beliau berkata proses pengubahsuaian itu berjalan sejak Julai lepas dan dijangka siap pada penghujung tahun ini, atau selewat-lewatnya awal tahun depan.

"Semalam, ketika dimaklumkan mengenai perkara itu... saya sangat terkejut dan tidak menyangka akan berlaku perkara malang seperti itu. Sekali sekala, saya akan pergi melawat rumah dan melihat buruh binaan menjalankan kerja pembinaan," katanya. Ahli perniagaan itu juga berkata laporan polis dibuat malam tadi, dan beliau memberi keterangan pagi Jumaat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata pihaknya kini mengumpulkan keterangan beberapa saksi dan mangsa bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

"Ada beberapa pihak berkaitan yang telah diambil keterangannya, dan kita masih menunggu laporan forensik daripada pihak MBSA untuk mengetahui laporan sebenar punca kejadian itu.

"Pihak kami turut mengesahkan tiada lagi mangsa yang terperangkap dalam runtuhan terbabit, dan operasi menyelamat telah ditamatkan pagi tadi," katanya.

Dalam kejadian itu, seorang buruh binaan warga Indonesia Totok Mochamd Anthony maut manakala lima lagi parah selepas sebahagian bumbung konkrit banglo mewah milik seorang ahli perniagaan runtuh.

Seorang daripada mangsa putus kaki kanan sementara 10 lagi pekerja berjaya menyelamatkan diri.

Kejadian berlaku kira-kira 4.20 petang ketika semua 16 pekerja binaan terbabit sedang melakukan kerja pengubahsuaian di bahagian dalam dan aras atas banglo dua tingkat itu. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan