Laporan Audit Menunjukkan Terlalu Banyak Ketirisan Dalam Pentadbiran Kedah

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Slogan "telus, amanah dan perbelanjaan berhemah' yang dibuat oleh kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS hanya indah di bibir sahaja apabila Laporan Ketua Audit Negara 2011 membuktikan terlalu banyak ketirisan dalam pentadbiran kerajaan negeri, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata ibarat cacing kepanasan, kerajaan negeri Kedah terpaksa menyorok muka mereka kerana malu dengan pendedahan audit berkenaan.

"Mereka bercakap tentang pentadbiran telus, mengkritik kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai dakwaan, tetapi sekarang mereka sendiri didapati melakukan penyelewengan projek pembalakan di luar negara dan penyelenggaraan projek perumahan rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Ahmad Bashah mengulas laporan audit tentang pelaburan projek balak yang merugikan di Papua New Guinea memaksa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat meminjam sehingga RM135 juta serta projek penyelenggaraan perumahan awam kos rendah yang dilaporkan membabitkan pemberian kontrak dan pembayaran meragukan.

Beliau berkata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco kerajaan negeri patut meminta maaf kepada rakyat kerana salah mengurus pentadbiran negeri dan anak syarikat yang berada di bawah Perbadanan Menteri Besar.

Ahmad Bashah berkata semasa sesi persidangan Dewan Undangan Negeri yang lepas, Azizan pernah berkata kerugian pelaburan projek balak itu adalah perkara biasa dalam perniagaan.

"Semasa menjawab soalan itu beliau memandang ringan tentang kerugian tersebut dan menjawab soalan itu dengan tiada rasa tanggungjawab. Sekarang kita melihat kerugian melebihi daripada RM4 juta seperti yang dimaklumkan kerajaan negeri sebelum ini.

"Mereka sudah tidak dapat sembunyikan fakta bahawa projek itu adalah satu bencana, bukan setakat kerugian kewangan yang melibatkan duit rakyat Kedah tetapi mendedahkan hakikat ketidakupayaan kerajaan negeri mentadbir dengan baik," katanya.

Ahmad Bashah berkata Umno Kedah pernah melaporkan kes pembalakan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tidak pasti perkembangan kes selepas itu.

"Dengan perkembangan terbaharu daripada laporan audit itu, SPRM boleh melihat semula kes tersebut dan siasat sama ada wujud penyelewengan oleh mana-mana pihak," katanya. Beliau mendakwa banyak lagi perkara berkaitan kerajaan negeri yang meragukan termasuk premium balak dan pendapatan daripada hasil bijih besi dan menurutnya isu berkenaan akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan bermula pada 20 November ini.

"Saya ada membaca komen seorang Exco kerajaan negeri dalam sebuah akhbar apabila beliau mengulas laporan audit yang menyebut tentang kelemahan pengurusan GLC di mana Exco itu masih bersikap menyalahkan kerajaan terdahulu.

"Pesanan saya kepada kerajaan negeri, bangunlah dari tidur... anda sudah menjadi kerajaan lebih empat tahun dan GLC sudah dirungkai dengan bermacam-macam cara. Bertangungjawablah dengan tindakan anda," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan