JAKOA Dapat Peruntukan RM203.6 Juta Tahun Depan

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menerima peruntukan sebanyak RM203.6 juta bagi membangunkan masyarakat Orang Asli di seluruh negara dengan pelbagai kemudahan, pada tahun depan.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Sani Mistam berkata daripada jumlah itu sebanyak RM115 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM88.6 juta bagi melaksanakan projek pembangunan membabitkan bekalan air bersih, elektrik, jalan dan projek ekonomi.

"Kita akan memastikan peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Belanjawan 2013 baru-baru ini, benar-benar mendapat manfaat kepada kaum itu," katanya kepada pemberita selepas majlis perjanjian penyerahan ladang Program Tanam Semula Berkelompok (TSK) Orang Asli di Kampung Kuala Betis di sini, Jumaat.

Perjanjian penyerahan ladang TSK yang dibangunkan Risda itu membabitkan Koperasi Kijang Mas Negeri Kelantan, My Mazal Plantation Sdn Bhd dan peserta Orang Asli yang diketuai Rajah Badol.

Mohd Sani berkata JAKOA akan terus melaksakana projek bekalan air dirawat di semua kampung Orang Asli walaupun sebelum ini kemudahan berkenaan telah dilaksanakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau berkata setakat ini, 600 daripada 852 kampung Orang Asli di seluruh negara sudah disediakan kemudahan air dirawat manakala baki 252 kampung lagi akan dilaksanakan tahun depan.

"Kita mahu semua kampung Orang Asli dapat menikmati kemudahan berkenaan dengan sempurna selain kemudahan elektrik, tetapi kita henti pemasangan kemudahan menggunakan tenaga solar persendirian kerana perbelanjaan bagi selenggaranya amat tinggi.

"Sebaliknya, kita akan laksanakan kemudahan elektrik dengan menggunakan kaedah lain yang boleh menjamin keperluan berterusan serta mengekalkan penggunaan minyak bagi kampung jauh di pedalaman," jelas beliau.

Mengenai penyerahan ladang TSK itu, beliau berkata pihaknya memberi keutamaan kepada syarikat yang berdaya maju berkongsi dengan koperasi Orang Asli bagi menguruskan ladang masyarakat itu supaya dapat meningkatkan hasil mereka.

"JAKOA mempunyai banyak kawasan ladang sawit dan getah di seluruh negara, tetapi ada yang berjaya dan ada juga tidak. Sekarang kita ambil langkah menyerahkan kepada syarikat untuk usaha sama dengan koperasi berkenaan termasuk di Gua Musang ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan