Ahli Akademik IPTA Gagal Tamat Pengajian Wajib Bayar Semula Kos Tajaan - Khaled Nordin

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Anggota akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tajaan kerajaan yang gagal menamatkan pengajian diwajib membayar semula kos tajaan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata tindakan tegas dikenakan ke atas anggota akademik di bawah Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI), yang melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) atau setarafnya (Sarjana Perubatan), berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati sasaran skim tersebut tidak tercapai.

Sebelum ini, Mohamed Khaled berkata tidak ada tindakan dikenakan terhadap anggota akademik IPTA tajaan kerajaan yang gagal menamatkan pengajian.

"Kita akan memperkenal kaedah bagi memperkukuh sistem pemantauan dan memastikan program itu mencapai sasarannya. Kita tidak mahu mereka ke United Kingdom selama enam tahun dan pulang dengan tangan kosong.

"Kita perlu memastikan ada hasilnya. Kita ingin melihat pelaburan untuk program ini berbaloi. Kita ingin melihat mereka yang terpilih di bawah skim ini serius untuk menamatkan pengajian masing-masing," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Universiti Antarabangsa Unitar di sini, Khamis. Mohamed Khaled juga berkata bagi mempertingkat proses pemantauan di bawah SLAI, kementerian akan bekerjasama dengan semua universiti untuk memantau anggota akademik yang terlibat.

"Kita akan memastikan yang kita sentiasa mendapat maklumat terkini," katanya.

Kerajaan meluluskan SLAI dengan peruntukan berjumlah RM1.006 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-9 bagi mempertingkat kualiti anggota akademik IPTA.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati sasaran SLAI tidak tercapai kerana Kementerian Pengajian Tinggi hanya menaja 3,517 anggota akademik IPTA daripada sasaran 6,103 orang bagi tahun 2006 hingga 2008.

Laporan itu juga mendapati seramai 99 penerima tajaan yang melapor diri di IPTA, belum menghantar tesis, sedang menulis tesis atau menunggu keputusan viva (peperiksaan lisan untuk tesis) selain kurang pemantauan terhadap kemajuan pengajian penerima tajaan oleh kementerian. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan